Auto Added by WPeMatico

![]()
JOHOR BAHRU – Seorang guru lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes cabul melibatkan seorang murid sekolah rendah di kawasan Seri Alam, Pasir Gudang di sini yang tular di media sosial sejak semalam.
Pemangku Ketua Polis Johor, Hoo Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, pihaknya mengesan hantaran tular dimuat naik menerusi Facebook oleh akaun “Mohd Fadli Salleh” berkaitan kejadian tersebut pada 21 Mei lalu.
Menurut beliau, susulan itu pihak polis menerima satu laporan daripada ibu mangsa, seorang wanita tempatan berusia 37 tahun kira-kira pukul 9 malam hari sama.
“Pengadu memaklumkan kejadian cabul tersebut dipercayai berlaku sekitar tahun 2025 di kawasan Seri Alam, Johor.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam berjaya menahan seorang suspek lelaki tempatan berusia 28 tahun kira-kira pukul 10.30 malam bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chuan Huat berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak.
“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial facebook berhubung kejadian itu melibatkan seorang guru lelaki didakwa telah melakukan hubung seks seorang murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Masai, Pasir Gudang, Seri Alam di sini.
Menurut ibu mangsa, kejadian dipercayai berlaku pada September tahun lalu dan telah membuat laporan polis sebelum ibu mangsa dikatakan menarik balik laporan berkenaan selepas guru berkenaan berjanji akan mengahwini murid berkenaan selepas mencapai usia 18 tahun.-KOSMO! ONLINE
The post Cikgu lelaki ditahan disyaki noda murid sekolah rendah appeared first on Kosmo Digital.
