Auto Added by WPeMatico

![]()
SERDANG – Enggan terburu-buru mencari pasangan, pelakon Jaa Suzuran mengakui masih trauma dimalukan hanya kerana menghulurkan salam perkenalan dengan cara sopan kepada seseorang.
Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 32, berkata wanita terbabit memuat naik tangkap layar mesej dikirimkan ke media sosial yang mencetuskan perasaan bimbang andai hal sama berulang semula.
“Bukan cerewet, sebenarnya terselit rasa takut kerana pengalaman lalu. Sampai kadang-kadang bila jumpa orang yang kita suka, takut nak cuba sebab pernah dimalukan.
“Waktu itu saya cuma mesej ‘hai, assalamualaikum’ saja. Ikhlas nak berkenalan. Tapi dia screenshot dan muat naik di Instagram Story dan cakap ‘nak try lah itu’.
“Kalau tak nak layan, tak perlu balas, tak perlu screenshot. Saya jadi trauma,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Tiket Sehala di Majestic Marine Confetti, semalam.
Lebih selesa tidak mendedahkan identiti individu berkenaan, menurut Jaa wanita terbabit bukan dalam kalangan rakan seperjuangan dalam industri seni.
Ditanya mengenai tindakan adiknya, Raa Suzuran yang cuma mencari calon kakak ipar menerusi platform Threads, kata Jaa perkara tersebut hanya gurauan.
“Memang saya tak buka atau baca pun komen Threads itu. Reaksi mereka pun tampak macam nak menyahut hal calon kekasih secara gurauan.
“Mana ada perempuan yang sanggup tawarkan diri jadi kekasih. Tak logik. Perempuan pun ada ego. Mereka takkan ‘jual’ diri begitu saja,” ujarnya.
Sementara itu, mengenai filem Tiket Sehala, akuinya kisah aksi berkisar sindiket pemerdagangan manusia yang menggabungkan pelakon dari empat negara termasuk Thailand, Indonesia serta Korea Selatan cukup mencabar.
“Saya membawakan watak Taqy iaitu pempengaruh yang mempromosikan skim kerja di luar negara sekali gus perlu melakukan banyak babak sukar.
“Bekerja dalam cuaca sejuk selama sebulan di Korea Selatan sekitar Disember lalu turut menyuntik cabaran tersendiri namun berbaloi,” ujarnya.
Mengambil latar Malaysia dan Korea Selatan, filem yang bakal ditayangkan pada Ogos depan turut dibarisi Sharifah Sakinah, Noki K-Clique, Hasnul Rahmat dan Zaki Yamani. – KOSMO! ONLINE
The post Trauma dimalukan ‘bakal’ isteri, Jaa takut kena ‘screenshot’ appeared first on Kosmo Digital.
