Auto Added by WPeMatico

![]()
MELAKA – Polis berjaya menumpaskan sindiket seluk saku dikenali sebagai ‘Geng Guangxi’ selepas menahan lima lelaki warga China yang aktif melakukan kegiatan itu di kawasan pelancongan sekitar negeri ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, semua suspek berusia antara 29 hingga 62 tahun itu diberkas menerusi beberapa siri serbuan hasil risikan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka.
Menurut beliau, tangkapan dibuat susulan laporan diterima pada 25 April lalu membabitkan seorang pelancong warga China yang kehilangan beg duit mengandungi wang tunai serta kad kredit ketika berada di Jonker Walk.
“Bertindak atas maklumat dan risikan, polis berjaya menahan dua suspek pada hari sama di sekitar Dataran Pahlawan, Melaka. Hasil soal siasat lanjut kemudian membawa kepada penahanan tiga lagi suspek di sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur pada 29 April lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Tambahnya, polis turut merampas tujuh telefon bimbit pelbagai jenama, dua beg silang, dua dompet, kad pengenalan warga asing dan mata wang asing dari beberapa negara.-KOSMO! ONLINE
The post Geng Guangxi’ seluk saku pelancong di Jonker Walk dicekup appeared first on Kosmo Digital.
