Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA PILAH: Dakwaan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) akan menganggotai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan adalah tidak berasas dan melulu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman berkata, perkara itu malah tidak pernah dibincangkan dalam kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
“Sekiranya perkara ini berlaku, sudah semestinya kami sebagai calon daripada BN Negeri Sembilan yang baharu memenangi pilihan raya negeri lalu akan dibawa berbincang mengenainya.
“Sebaliknya, perkara ini tidak pernah dibincangkan sama sekali sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak memberi ruang kepada Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim untuk melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan.
Katanya, rakyat Negeri Sembilan telah membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dan semua pihak seharusnya memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri bukannya terus berpolitik.
“Rakyat Negeri Sembilan telah membuat pilihan, kini kita harus terus bekerja dan bukannya membuang masa bermain politik sepanjang masa,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan dakwaan bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH berkemungkinan menganggotai pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Ismail. – UTUSAN
The post Dakwaan PH dalam Exco Negeri Sembilan tidak berasas appeared first on Utusan Malaysia.
