Auto Added by WPeMatico

![]()
MANCHESTER – Barcelona dijangka membuat tawaran ketiga sekitar £60 juta (RM331.75 juta) untuk mendapatkan Rodri, namun masih kurang £10 juta (RM55.29 juta) daripada nilai yang diminta oleh Manchester City untuk melepaskan pemenang Ballon d’Or itu.
Perjanjian tersebut juga boleh mempengaruhi potensi rundingan untuk perpindahan Enzo Fernandez dari Chelsea selepas pengendali City, Enzo Maresca dilaporkan mahu mendapatkan khidmat pemain tengah itu.
City bersedia membenarkan legenda kelab yang telah lama berkhidmat, Rodri memenuhi impian peribadinya untuk kembali beraksi di Sepanyol selepas kejayaan menjuarai Piala Dunia pada musim panas ini.
Bagaimanapun, City yang merancang untuk melakukan perubahan besar terhadap barisan tengah mereka kecewa dengan perkembangan rundingan bersama Barcelona dan Real Madrid apabila kedua-dua kelab itu tidak pernah menghampiri penilaian £70 juta yang ditetapkan City.
Keengganan Real untuk memenuhi penilaian tersebut akhirnya menyebabkan Rodri memilih Camp Nou berbanding Bernabeu.
Namun, perpindahan ke Barcelona juga berdepan banyak masalah yang sama apabila pasukan itu telah mengemukakan dua tawaran yang jauh lebih rendah daripada jumlah yang dimahukan City, dengan salah satu tawaran tersebut dianggap sebagai tidak masuk akal.
Terdapat juga laporan bahawa City mungkin tidak akan meneruskan rundingan sepenuhnya untuk mendapatkan Fernandez sehingga masa depan Rodri dapat dipastikan. – AGENSI
The post EPL: City tunggu tawaran baharu Barca appeared first on Kosmo Digital.

