Auto Added by WPeMatico

![]()
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memendekkan cuti hujung minggu di Camp David dan kembali ke Rumah Putih pada Sabtu, ketika ketegangan meningkat di Asia Barat.
Pentadbiran Trump tidak memberikan penjelasan mengapa beliau tidak lagi lebih lambat iaitu pada Ahad dari Camp David, kompleks presiden terpencil di kawasan luar bandar Maryland, seperti yang diumumkan sebelum ini.
Perubahan jadual tersebut berlaku selepas gabungan pimpinan Arab Saudi yang memerangi Houthi di Yemen berkata pada Sabtu bahawa kumpulan yang disokong Iran itu melancarkan peluru berpandu balistik ke Riyadh pada awal pagi, selepas kebakaran berlaku berhampiran lapangan terbang antarabangsa di ibu negara Saudi itu.
Jabatan Negara AS dan beberapa kedutaan AS mengeluarkan amaran keselamatan kepada rakyat Amerika.
Amaran itu menyebut potensi berlakunya peningkatan ketegangan yang tidak dijangka dan menyatakan bahawa Houthi yang disokong Iran telah melakukan permusuhan terhadap Arab Saudi, termasuk lapangan terbang awam.
“Konflik ketenteraan ini berpotensi meningkat dengan pantas,” menurut amaran Jabatan Negara AS itu.
“Rakyat Amerika yang berada di luar Asia Barat perlu mempertimbangkan semula dengan serius perjalanan ke dan melalui rantau itu. – AFP
The post Trump pendekkan cuti susulan ketegangan antara Arab Saudi-Houthi memuncak appeared first on Utusan Malaysia.
