Auto Added by WPeMatico

FENOMENA BASS iaitu Bella Astillah dengan Syed Saddiq memang luar biasa impaknya. Ibarat ada kelompok peminat sendiri tanpa perlu dipaksa.
Terbaharu, mereka terus menjadi bualan hangat apabila Syed Saddiq memuat naik video TikTok memaparkan dia seolah-olah menjerit ke arah Bella, namun perkara tersebut menjadi keseronokan ramai.
Lebih 2.5 juta netizen yang menonton video tersebut terhibur dengan gelagat Ahli Parlimen Muar itu dan doa paling banyak diberikan ialah semoga cepat naik pelamin.
Selain ‘jeritan’, mata netizen juga tertumpu pada loket rantai yang dipakai Bella iaitu huruf S.
“Tak perlu bertanya, sudah terang lagi bersuluh hubungan mereka dengan rantai S lagi.
“YB jerit tepi Bella pun kami okey, comel sangat!
“Kalau tak kahwin, saya bertanding di Muar, awas ya!” usik peminat mereka
The post Tengah hangat, Syed Saddiq ‘jerit’ Bella pun comel appeared first on Kosmo Digital.