Auto Added by WPeMatico

![]()
KLANG – Persimpangan Lebuh Turi di Persiaran Raja Muda Musa di sini, yang menjadi ‘port’ merempit digempur lagi selepas operasi sama dijalankan kira-kira empat bulan lalu.
Kegiatan itu dibanteras menerusi Ops Khas Samseng Jalanan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula pukul 12 tengah malam yang menyaksikan tujuh motosikal disita dan 16 saman dikeluarkan termasuk memandu secara melulu serta berbahaya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pelaksanaan operasi itu bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan dan mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas.
Jelasnya, tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi pemeriksaan ke atas 13 individu bersama motosikal masing-masing.
“Sebanyak 16 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan tujuh motosikal telah disita bagi tindakan lanjut. Satu kes turut dibuka mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan berbahaya.
“Kesemua sitaan dan tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan bagi pemeriksaan lanjut serta operasi seumpama itu akan dijalankan secara berterusan,” katanya yang turut menyertai operasi itu.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! sepanjang operasi mendapati persimpangan lampu isyarat itu dipenuhi ratusan penunggang motosikal termasuk yang menggunakan ekzos bising sehingga mengganggu ketenteraman awam.- KOSMO! ONLINE
The post ‘Port’ rempit Lebuh Turi digempur lagi appeared first on Kosmo Digital.
