Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Mekanik motosikal yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan merayu agar pihak media tidak lagi hadir ke lokasi kerjanya bagi memberi ruang untuk dia meneruskan rutin harian tanpa gangguan.
Menerusi hantaran di Threads, Mohd Yusof Mohd Noor atau turut dikenali sebagai Usop secara terbuka meminta agar semua pihak menghormati permintaannya untuk fokus bekerja.
“Tolonglah media-media jangan datang. Saya nak buat kerja, saya minta maaf, saya nak fokus bekerja,” katanya.
Luahan tersebut dibuat susulan rasa kurang selesa apabila dirinya terus menjadi tumpuan selepas kisahnya tular sebelum ini.
Dalam satu lagi perkongsian, dia turut mendakwa terdapat pihak yang pada awalnya berjanji untuk bertemu secara santai tanpa kehadiran media, namun situasi bertukar apabila ramai wakil media hadir.
“Dia kata nak jumpa minum sahaja dan berbual tanpa media, tetapi tiba-tiba bayak pula muka saya dekat media,” ujarnya.
Terdahulu, Mohd Yusof sebelum ini tular kerana membantu penunggang motosikal di tepi jalan secara percuma tanpa mengenakan sebarang caj.
Kisahnya mendapat perhatian ramai selepas dia membaiki motosikal seorang pemuda dikenali sebagai Dicky Yau dan memulangkan semula wang hasil siaran langsung TikTok yang ingin diberikan kepadanya.
Susulan itu, Yusof bersama Dicky kemudiannya diiktiraf sebagai Sahabat Perpaduan Madani oleh Kementerian Perpaduan Negara. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Media tolonglah jangan datang, saya nak buat kerja’ appeared first on Kosmo Digital.
