Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Rata-rata pengunjung bazar Ramadan meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir peniaga sengaja menaikkan harga jualan sesuka hati kononnya akibat krisis di Asia Barat.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Fauzi_abdullah mendakwa harga makanan naik RM2 di sebuah bazar semalam.
“Tadi pergi bazar, popia yang biasa aku beli naik RM2. Aku tanya kenapa naik harga?
“Mak cik tu jawab sebab krisis perang Iran, kapal tak boleh nak lalu kat selat Hormuz. Jem aku,”luah lelaki itu.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai komen lucu pengguna di aplikasi itu yang rata-ratanya mengaitkan harga barangan dengan peperangan serta Selat Hormuz.
“Goreng popia pakai minyak Iran,” komen Jibones.
“Kulit popia tu yang naik kapal agaknya,” tulis Nadia_atiqah_ab.
Bagaimanapun, ada pengguna yang mendakwa peniaga terbabit sengaja menaikkan bagi mengaut keuntungan lebih.
“Weh kemelesetan ekonomi belum mula lagilah, kan kerajaan tampung lagi ni. Bulan Mei nanti baru terasa. Tapi makanan aku tak tahu lah kot pembekal dah naikkan harga siap-siap.
“Selat Hormuz baru je disekat, tak kan dah terasa (kenaikan harga barang),” ujar Ismaildigital. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Popia bazar Ramadan naik RM2, kapal tak boleh lalu Selat Hormuz’ appeared first on Kosmo Digital.
