Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) menafikan terdapat rancangan istiadat mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Serting di Jempol sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini.
Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu juga adalah di luar pengetahuannya dan menganggap ia sebagai fitnah dan perang psikologi pihak lawan.
“Di luar pengetahuan saya, itu naratif mereka hendak perang psikologi supaya orang marah dengan BN.
“Saya tak tahu adanya perancangan begitu, itu semua perang psikologi, saya harap rakyat tidak termakan fitnah.
“Itulah gaya sejak dulu, hanya fitnah, tiada perkara lain, dalam pilihan raya ini, kita mesti yakinkan rakyat, apa kita boleh buat, apa yang perlu dilakukan, bukan menfitnah, dewasa la segera, kerana orang tidak lagi makan fitnah,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau di sini hari ini. – UTUSAN
The post BN nafi ‘angkat sumpah’ MB di Istana Serting appeared first on Utusan Malaysia.
