Auto Added by WPeMatico

![]()
JELEBU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 disifatkan sebagai sejarah baharu bagi pentadbiran negeri dalam menentukan masa depan rakyat khususnya berkaitan kestabilan dan kemakmuran negeri.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tanggungjawab pengundi penting dalam menentukan pentadbiran negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.
“Saya yakin jumlah pengundi yang akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari ini akan bertambah kerana mereka tidak akan terkecuali untuk melibatkan diri dalam menentukan sejarah pentadbiran negeri bermula pada hari esok.
“Insya-Allah ini adalah merupakan sejarah baharu bagi kerajaan Negeri Sembilan untuk masa depan negeri, masa depan rakyat, terutamanya dalam soal yang berkaitan dengan kestabilan dan kemakmuran negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Simpang Durian, di sini hari ini.
Jalaluddin yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang berharap kadar peratusan keluar mengundi tidak kurang daripada 70 hingga 75 peratus berbanding PRN sebelum ini.
“Saya yakin jumlah peratusan kita pada hari ini akan bertambah dan kita harap seperti PRN yang lepas-lepas tidak kurang daripada 70 hingga 75 peratus.
“Saya sarankan supaya semua pengundi di semua 36 DUN di seluruh Negeri Sembilan supaya pengundi keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab kita untuk menentukan kestabilan dan depan kerajaan negeri,” katanya. – UTUSAN
The post PRN Negeri Sembilan penentu sejarah baharu pentadbiran negeri appeared first on Utusan Malaysia.
