Auto Added by WPeMatico


GEORGE TOWN – Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dilaporkan terjatuh dari bot semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Betong di ini, Rabu lalu.
Mayat, Tang Chin Khoon, 51, dijumpai pada kedudukan 5.9 batu nautika barat Gertak Sanggul,, kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Maritim Malaysia hari ini, mangsa ditemui oleh komuniti nelayan pada hari ketiga operasi dan menyelamat (Carilamat) dijalankan.
“Pasukan Polis Marin (PPM) elah diatur gerak ke lokasi penemuan bagi menaikkan mayat tersebut ke darat.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti PPM Batu Uban untuk proses pengecaman oleh waris, sebelum dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk tindakan selanjutnya,” katanya operasi Carilamat ditamatkan sepenuhnya pada 7.15 malam semalam.
Terdahulu, pasukan Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi Carilamat bagi mengesan seorang nelayan warga tempatan yang dipercayai terjatuh ke laut di perairan Pulau Betong, Khamis lalu.
Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli dilaporkan berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang menerima maklumat awal berhubung kejadian pada pukul 10.15 malam (Rabu). -KOSMO! ONLINE
The post Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari ops Carilamat appeared first on Kosmo Digital.
