Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila nasi ayam madu dibeli di satu bazar Ramadan di Cheras, Selangor turut mengandungi pakej ‘protein’ percuma iaitu seekor ulat masih hidup pada sayur salad.
Menerusi perkongsian pada TikTok Ayuumuchann, wanita berkenaan membeli juadah nasi ayam madu tersebut untuk berbuka puasa itu pada 25 Februari lalu serta telah melaporkan kes berkenaan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
“Semasa hendak makan, saya mendapati terdapat ulat pada daun salad dalam makanan tersebut.
“Perkara ini amat mengecewakan kerana melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan. Pada keesokkannya, saya telah memaklumkan perkara ini kepada peniaga gerai.
“Namun, peniaga gerai tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab, tidak meminta maaf dan bercakap dengan tidak sopan serta tidak menghormati pelanggan,” dakwanya.
Wanita itu berkata, dia menghantar aduan kepada MPKJ memohon pihak berkuasa tempatan itu menjalankan pemeriksaan terhadap gerai tersebut dalam memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sentiasa terjamin.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial selain ada berkongsi pengalaman lebih kurang sama.
“Saya hari tu minum air boba jual kat pasar malam. Minum-minum gigit ingat boba, rupa-rupanya lalat,” komen pengguna TikTok Syafieliot.
“Saya pula semalam beli tepung pelita pakej ada kuku sekali. Kuku jari kelingking, panjang pula tu,” komen Mell.
“Kebanyakan kes macam ni sebab tak cuci daun salad. Jenis sejambak macam tu, bila nak guna cuma pulas-pulas saja. Lagi satu kobis bulat, selalu juga jumpa jenis potong sikit-sikit bila nak letak dalam makanan. Dalam kobis tu ada cacing, kalau tak cuci betul-betul memang teruslah masuk perut,” komen Paqyop Gonzales. – KOSMO! ONLINE
@ayuumuchann Kita simpan sini la.. Kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), berkenaan satu gerai di Bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). Pada tarikh 25/2/26, beli nasi ayam madu dari gerai tersebut. Semasa hendak makan, sy mendapati terdapat ulat pada daun salad dalam makanan tersebut (gambar sebagai bukti dilampirkan). Perkara ini amat mengecewakan kerana melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan. Pada keesokkannya 26/2/26, saya telah memaklumkan perkara ini kepada peniaga gerai. Namun, peniaga gerai tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab, tidak meminta maaf, dan bercakap dengan tidak sopan serta tidak menghormati pelanggan. Saya berasa sangat tidak berpuas hati dengan: 1. Tahap kebersihan makanan yang dijual. 2. Sikap dan layanan peniaga gerai terhadap aduan pelanggan. Sehubungan itu, saya memohon agar pihak MPKJ dapat menjalankan pemeriksaan terhadap gerai tersebut demi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di Bazar Ramadan sentiasa terjamin. Kerjasama dan tindakan pihak tuan/puan amat saya hargai. #mpkj #btho ♬ Hari Yang Mantap – Gusti Irwan Wibowo
The post [VIDEO] Beli nasi ayam madu pakej ‘protein’ ulat appeared first on Kosmo Digital.
