Auto Added by WPeMatico


SIDANG media rasmi XROOV Malaysia.
The post ‘Bukan nak disanjung, cuma minta sedikit penghargaan’ appeared first on HibGlam.
Auto Added by WPeMatico
SIDANG media rasmi XROOV Malaysia.
The post ‘Bukan nak disanjung, cuma minta sedikit penghargaan’ appeared first on HibGlam.
KEPUTUSAN peserta Talk To My Manager (TTMM), Ara Aziz atau nama penuh Puteri Nur Azzahra Aziz berundur daripada program realiti itu pada minggu keempat mengejutkan ramai.
Bahkan bapanya merangkap pengurus, Aziz M. Osman menyokong pendirian remaja berusia 14 tahun itu kerana menyedari forte anaknya lebih kepada lakonan dan pengacaraan, bukan nyanyian.
Diva pun hormat keputusan gadis terbabit. Itu menunjukkan Ara mempunyai tahap sedar yang tinggi. Dia tahu kemampuannya, tambahan pula peserta lain memang menyanyi merupakan kekuatan mereka.
Tetapi perkara yang membuatkan Diva berbangga dengan Ara adalah semangatnya untuk memasuki universiti pada usia 15 tahun nanti menerusi saluran ‘fast track’ dalam bidang psikologi.
Sejuk rahim ibu. Katanya kecenderungan itu didorong minat mendalam terhadap kompleksiti otak manusia. Semangat macam ini yang kita mahu.
Biarpun Ara turut ingin bergelar pelakon dan hos terkemuka, dia sudah mempunyai perancangan rapi untuk ke menara gading.
DIVA: Sokong selebriti muda yang letakkan pelajaran di tempat teratas.
The post Patutlah tarik diri, Ara nak masuk ‘U’ umur 15 tahun appeared first on Kosmo Digital.
Dikecam gara-gara menjadi pembawa dulang hantaran pada majlis pernikahan sahabatnya, Amira Othman, penyanyi Nabila Razali mengakui tidak terkesan selain menegaskan kehadirannya untuk meraikan hari bahagia rakannya itu.
Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd. Razali, 32, memilih untuk tidak ambil peduli terhadap sebarang kecaman atau spekulasi yang timbul selepas acara berkenaan berlangsung minggu lalu.
“Bagi saya setiap orang ada pendapat masing-masing, lain orang, lain dia punya pendapat.
“Macam saya, saya berada di situ untuk meraikan hari yang paling bahagia untuk kawan baik saya, Amira Othman yang akhirnya bertemu dengan pasangan hidupnya.
Apa jua yang orang cakap mengenai majlis perkahwinan dan juga tentang kami yang menjadi sebahagian besar pada majlis itu, saya hanya mampu baca dan tolak ke tepi sebab niat saya berada di situ kerana mahu berkongsi kegembiraan,” katanya.
Malah, pelantun lagu Peluang Kedua itu tidak menghalang keputusan segelintir pihak mahu memboikot karya nyanyiannya.
“Jadi kalau cakap fasal boikot atau apa, terserah. Bagi saya, kita juga tak boleh paksa orang dengar lagu kita.
“Saya tiada sebarang kebencian terhadap orang yang membenci saya atau sesiapa yang berkaitan,” ujarnya.
Mengimbas kembali detik awal mengetahui berita perkahwinan Amira dengan pelakon Fattah Amin, dia menerima khabar tersebut ketika beraya di rumah rakan artis, Hael Husaini pada bulan April lalu.
Saya dapat tahu mereka nak berkahwin pada hari raya lalu ketika kami beraya di rumah Hael Husaini. Waktu saya dengar berita itu, saya memang sangat gembira, nak menangis pun ada.
“Ketika dia beritahu saya untuk jadi pembawa dulang pun, saya macam tak percaya, saya ingatkan gosip saja sebab saya tak sangka dia akan berpasangan dengan orang dalam industri juga.
“Saya rasa dia tak nak. Saya mula ingat dia main-main, hanya gosip tapi rupa-rupanya betul dan saya gembira untuk dia,” jelasnya.
Meskipun tidak terlalu rapat, Nabila yakin Amira seorang yang sangat berhati-hati dalam membuat keputusan, termasuk soal memilih pasangan hidup.
“Sejujurnya saya tidaklah rapat sangat seperti tidur sebantal atau setiap hari berjumpa.
Kami berkenalan selepas kami menyertai program realiti dan mengenali Amira, dia memang berhati-hati dalam memilih pasangan, kalau memilih lagu pun dia berhati-hati, apatah lagi pasangan.
“Jadi saya gembira akhirnya dia berjumpa pasangan hidupnya dan dia jumpa apa yang dia nak,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, kecoh dalam aplikasi Threads apabila ada sesetengah netizen yang mahu memboikot pembawa dulang Amira seperti Nabila, Ernie Zakri, Anzalna Nasir, Wany Hasrita, Qasrina dan Hawa Rizwana.
Selain menyifatkan mereka sebagai talam dua muka kerana turut baik dengan bekas isteri Fattah iaitu Fazura, mereka juga mengancam mahu memboikot lagu-lagu penyanyi berkenaan. – HIBGLAM
The post ‘Niat saya hanya berkongsi kegembiraan, nak boikot terserah’ appeared first on HibGlam.
PETALING JAYA – Dikecam gara-gara menjadi pembawa dulang hantaran pada majlis pernikahan sahabatnya, Amira Othman, penyanyi Nabila Razali mengakui tidak terkesan selain menegaskan kehadirannya untuk meraikan hari bahagia rakannya itu.
Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd. Razali, 32, memilih untuk tidak ambil peduli terhadap sebarang kecaman atau spekulasi yang timbul selepas acara berkenaan berlangsung minggu lalu.
“Bagi saya setiap orang ada pendapat masing-masing, lain orang, lain dia punya pendapat.
“Macam saya, saya berada di situ untuk meraikan hari yang paling bahagia untuk kawan baik saya, Amira Othman yang akhirnya bertemu dengan pasangan hidupnya.
“Apa jua yang orang cakap mengenai majlis perkahwinan dan juga tentang kami yang menjadi sebahagian besar pada majlis itu, saya hanya mampu baca dan tolak ke tepi sebab niat saya berada di situ kerana mahu berkongsi kegembiraan,” katanya.
Malah, pelantun lagu Peluang Kedua itu tidak menghalang keputusan segelintir pihak mahu memboikot karya nyanyiannya.
“Jadi kalau cakap fasal boikot atau apa, terserah. Bagi saya, kita juga tak boleh paksa orang dengar lagu kita.
“Saya tiada sebarang kebencian terhadap orang yang membenci saya atau sesiapa yang berkaitan,” ujarnya.
Mengimbas kembali detik awal mengetahui berita perkahwinan Amira dengan pelakon Fattah Amin, dia menerima khabar tersebut ketika beraya di rumah rakan artis, Hael Husaini pada bulan April lalu.
“Saya dapat tahu mereka nak berkahwin pada hari raya lalu ketika kami beraya di rumah Hael Husaini. Waktu saya dengar berita itu, saya memang sangat gembira, nak menangis pun ada.
“Ketika dia beritahu saya untuk jadi pembawa dulang pun, saya macam tak percaya, saya ingatkan gosip saja sebab saya tak sangka dia akan berpasangan dengan orang dalam industri juga.
“Saya rasa dia tak nak. Saya mula ingat dia main-main, hanya gosip tapi rupa-rupanya betul dan saya gembira untuk dia,” jelasnya.
Meskipun tidak terlalu rapat, Nabila yakin Amira seorang yang sangat berhati-hati dalam membuat keputusan, termasuk soal memilih pasangan hidup.
“Sejujurnya saya tidaklah rapat sangat seperti tidur sebantal atau setiap hari berjumpa.
“Kami berkenalan selepas kami menyertai program realiti dan mengenali Amira, dia memang berhati-hati dalam memilih pasangan, kalau memilih lagu pun dia berhati-hati, apatah lagi pasangan.
“Jadi saya gembira akhirnya dia berjumpa pasangan hidupnya dan dia jumpa apa yang dia nak,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, kecoh dalam aplikasi Threads apabila ada sesetengah netizen yang mahu memboikot pembawa dulang Amira seperti Nabila, Ernie Zakri, Anzalna Nasir, Wany Hasrita, Qasrina dan Hawa Rizwana.
Selain menyifatkan mereka sebagai talam dua muka kerana turut baik dengan bekas isteri Fattah iaitu Fazura, mereka juga mengancam mahu memboikot lagu-lagu penyanyi berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Nak boikot, terserah, saya tiada sebarang kebencian’ appeared first on Kosmo Digital.
Tak baik tau cakap saya ‘rehearsal’. Mana ada orang ‘rehearsal’ di tempat awam. Ada yang cakap saya ‘fitting’ baju kahwin. Takkanlah saya ‘fitting’ di tempat awam.
The post Berbaju pengantin, Emma Maembong nafi ‘rehearsal’ nak kahwin appeared first on HibGlam.
Pelakon Datuk Aaron Aziz berpendapat selebriti tidak wajar dipaksa untuk bersuara mengenai isu Gaza dalam akaun media sosial mereka demi memenuhi kehendak netizen.
Pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz, 49, menegaskan diam tidak bermakna seseorang itu tidak menyokong perjuangan rakyat Palestin apabila ramai memilih untuk menyalurkan bantuan secara senyap.
“Kita tak boleh paksa orang bersuara hanya sebab diminta. Tak bersuara tak semestinya mereka tak sokong.
“Ada yang saya kenal walaupun diam, tapi mereka menderma secara senyap. Lebih baik begitu daripada sekadar ‘repost’ tetapi tiada tindakan.
“Doa, usaha atau hubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahih untuk hulur bantuan itu lebih penting,” katanya kepada HibGlam pada majlis pelancaran Muaz Exclusive Brand , semalam.
Pada masa sama, pelakon filem KL Gangster itu turut menegur sikap segelintir pihak yang hanya bersuara apabila sesuatu isu tular demi meraih perhatian.
“Banyak lagi isu di Malaysia yang boleh bersuara contohnya kes penderaan, buli atau kesihatan mental. Kenapa tak bersuara?
“Kalau nak bela, bela semua orang. Jangan hanya kerana Gaza dapat naikkan nama, dapat tumpuan dan pujian, baru sibuk nak jadi aktivis. Itu hipokrit,” ujarnya.
Pelakon asal Singapura itu juga tidak bersetuju dengan pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu semasa khususnya kes arwah Zara Qairina demi kepentingan peribadi.
“Lagi satu, saya tak suka orang ‘tunggang’ sesuatu isu contohnya kes arwah Zara. Ada yang jual baju-T, buat kenyataan dan tiba-tiba jadi aktivis lakukan siaran langsung.
“Pada saya itu hipokrit, benda dah tular baru sibuk. Dapat naikkan nama, dapat tumpuan, pengikut baharu dan pujian daripada orang,” luahnya.
Sebelum ini, ramai mula ‘memetik’ beberapa nama selebriti popular termasuk Neelofa, Fasha Sandha, Hun Haqeem dan Daiyan Trisha untuk melontarkan sokongan terhadap Palestin terutama misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berlayar ke Gaza bagi menyampaikan bantuan.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini dilantik sebagai duta jenama Muaz Exclusive bersama pelakon Siti Saleha. – HIBGLAM
The post ‘Hipokrit, benda dah tular baru sibuk nak jadi aktivis’ appeared first on HibGlam.
KUALA LUMPUR – Pelakon Datuk Aaron Aziz berpendapat selebriti tidak wajar dipaksa untuk bersuara mengenai isu Gaza dalam akaun media sosial mereka demi memenuhi kehendak netizen.
Pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz, 49, menegaskan diam tidak bermakna seseorang itu tidak menyokong perjuangan rakyat Palestin apabila ramai memilih untuk menyalurkan bantuan secara senyap.
“Kita tak boleh paksa orang bersuara hanya sebab diminta. Tak bersuara tak semestinya mereka tak sokong.
“Ada yang saya kenal walaupun diam, tapi mereka menderma secara senyap. Lebih baik begitu daripada sekadar ‘repost’ tetapi tiada tindakan.
“Doa, usaha atau hubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahih untuk hulur bantuan itu lebih penting,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran Muaz Exclusive Brand , semalam.
Pada masa sama, pelakon filem KL Gangster itu turut menegur sikap segelintir pihak yang hanya bersuara apabila sesuatu isu tular demi meraih perhatian.
“Banyak lagi isu di Malaysia yang boleh bersuara contohnya kes penderaan, buli atau kesihatan mental. Kenapa tak bersuara?
“Kalau nak bela, bela semua orang. Jangan hanya kerana Gaza dapat naikkan nama, dapat tumpuan dan pujian, baru sibuk nak jadi aktivis. Itu hipokrit,” ujarnya.
Pelakon asal Singapura itu juga tidak bersetuju dengan pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu semasa khususnya kes arwah Zara Qairina demi kepentingan peribadi.
“Lagi satu, saya tak suka orang ‘tunggang’ sesuatu isu contohnya kes arwah Zara. Ada yang jual baju-T, buat kenyataan dan tiba-tiba jadi aktivis lakukan siaran langsung.
“Pada saya itu hipokrit, benda dah tular baru sibuk. Dapat naikkan nama, dapat tumpuan, pengikut baharu dan pujian daripada orang,” luahnya.
Sebelum ini, ramai mula ‘memetik’ beberapa nama selebriti popular termasuk Neelofa, Fasha Sandha, Hun Haqeem dan Daiyan Trisha untuk melontarkan sokongan terhadap Palestin terutama misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berlayar ke Gaza bagi menyampaikan bantuan.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini dilantik sebagai duta jenama Muaz Exclusive bersama pelakon Siti Saleha. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Jangan kerana Gaza baru sibuk nak jadi aktivis, itu hipokrit’ appeared first on Kosmo Digital.
KUALA LUMPUR – “Kenapa rakam saya… ada hak ke tanya soalan pada saya? Minta kebenaran dulu kalau nak rakam muka saya,”
Itu kata-kata seorang pemandu lori berusia 27 tahun yang enggan dirakam pihak media ketika ditahan dalam Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Sungai Besi (arah selatan), hari ini.
Lelaki terbabit difahamkan memandu lori membawa muatan tangki oksigen dari Petaling Jaya menuju ke Seremban sebelum kenderaannya diperiksa pihak berkuasa ekoran cukai jalan dan insurans tamat tempoh.
Ketika ditanya wartawan berhubung operasi tersebut, lelaki berkenaan menolak untuk memberikan sebarang komen dan menegaskan tidak mahu wajahnya dirakam.
Lelaki itu akhirnya beransur tenang selepas dipujuk oleh seorang pegawai penguat kuasa dan tindakan sita terhadap kenderaan diteruskan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam, berkata pihaknya mengeluarkan saman terhadap dua pemandu lori selepas didapati memandu kenderaan tanpa cukai jalan dan insurans.
“Saman yang kami keluarkan kepada dua pihak iaitu pemandu lori dan majikan, jadi dua-dua itu akan dikenakan tindakan.
“Banyak lori-lori ini tiada insurans…apa alasan yang mereka bagi adalah pemandu lori sudah beri peringatan kepada majikan untuk perbaharui cukai jalan namun tidak diendahkan,” ujarnya.
Hamidi Adam berkata, operasi bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan seramai 55 anggota penguat kuasa.
“Sebanyak 203 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 51 kenderaan diambil tindakan. Dua daripadanya disita kerana didapati melakukan kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan tiada insurans.
“Selain itu, sebanyak 132 notis dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti Notis P22, PG1, 61(1), 63(3), Notis Sita 64 (1) dan Notis 82,” katanya.
Menurut beliau, kesalahan utama yang direkodkan ialah Lesen Memandu Kompeten tamat tempoh sebanyak 37 kes, Lesen Vokasional tamat tempoh (15), cukai jalan tamat tempoh (19) dan insurans tamat tempoh (17).
Hamidi berkata, pemeriksaan turut memberi tumpuan terhadap pematuhan penggunaan tali pinggang keledar dalam bas ekspres.
“Hasil pemeriksaan terhadap dua buah bas mendapati empat penumpang melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita gagal memakai tali pinggang keledar walaupun peringatan telah dikeluarkan melalui notis serta rakaman audio oleh pengusaha bas,” ujarnya.
Selain itu, lapan kesalahan melibatkan ubah suai kenderaan dikesan, dua kes nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta tayar lori botak yang membahayakan keselamatan. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Jangan rakam saya, ada hak ke tanya soalan?’ appeared first on Kosmo Digital.