Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang guru kesal apabila dilabel ‘miskin’ oleh anak muridnya hanya kerana tidak memiliki telefon pintar jenis iPhone walaupun dia boleh berbuat demikian.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok oleh pengguna @Intanharris_, dia berkongsi situasi di mana anak muridnya menggelarnya miskin kerana tidak menggunakan telefon pintar jenis iPhone.
Bagaimanapun, dalam hantaran tersebut dia memanjatkan rasa syukur kerana mampu meluangkan masa untuk menyiapkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran walaupun tidak memiliki telefon pintar mahal.
“Tak apa kalau awak rasa saya miskin, yang penting saya gembira dan bersyukur sangat Allah beri rezeki yang mencukupi untuk buat semua ini (BBM).
“Walaupun tak seberapa, tetapi alhamdulillah saya gembira sangat dapat buat semua ini untuk mudahkan sesi PdP,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, guru tersebut menunjukkan hasil BBM yang dilakukannya demi memudahkan sesi PdP bersama anak muridnya.
“Kepada murid saya yang cakap macam tu, mungkin niat awak hanya sebuah gurau senda sebenarnya. Tapi saya harap awak dapat membesar menjadi orang yang bersyukur dan menghormati guru kerana semakin awak meningkat dewasa, awak akan mengetahui betapa bernilainya wang ringgit hatta seringgit,” ujarnya.
Pelbagai reaksi dilontarkan oleh para netizen terhadap hantaran tersebut.
“Tahniah cikgu sebab berjaya harungi perangai anak anak zaman sekarang. Saya harap ada cikgu yang sanggup beri terbaik kalau anak saya macamtu suatu hari nanti,” kata @Farisah Yuzri.
“Telefon itu alat untuk komunikasi. Jatuh, rosak juga. Yang penting akhlak tak rosak,” ujar @Marie.
“Masya-Allah terima kasih cikgu berhabis duit untuk anak anak bangsa jadi orang beradab dan berjaya. Semoga Allah gantikan kebaikan demi kebaikan setiap masa setiap saat untuk cikgu. Ya Allah rahmatilah Cikgu Intan. Amin,” kata @Zilanuar.TudungSiComel – KOSMO! ONLINE
The post Guru kesal dilabel miskin kerana tiada iPhone appeared first on Kosmo Digital.