Auto Added by WPeMatico

![]()
NILAI – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Beliau berkata, semua calon Bersatu pada pilihan raya berkenaan akan menggunakan logo parti sendiri.
Muhyiddin berkata, penyertaan Bersatu dalam PRN Negeri Sembilan menggunakan lambang parti sendiri merupakan satu detik bersejarah sejak penubuhannya 10 tahun lalu.
“Ini satu detik bersejarah bagi Bersatu. Selepas 10 tahun ditubuhkan, inilah kali pertama kita bertanding dalam PRN Negeri Sembilan menggunakan logo Bersatu.
“Kita sudah sampai ke tahap kematangan yang boleh dibanggakan. Sebagai sebuah parti, pencapaian ini tidak kita duga dan Bersatu kini diiktiraf sebagai sebuah parti yang amat berpengaruh dalam politik negara,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Nilai, hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post PRN N. Sembilan: Bersatu umum 24 calon bertanding appeared first on Kosmo Digital.
