Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Orang ramai terutamanya pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur digesa agar lebih berwaspada berikutan kemunculan modus operandi baharu penipuan (scam) yang mengeksploitasi sifat simpati masyarakat demi mendapatkan wang tunai.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Fahreennn_ yang berkongsi detik cemas selepas dihampiri seorang wanita berhampiran Bangsar South, baru-baru ini.
Menurutnya, wanita berkenaan memegang tangannya secara tiba-tiba dalam keadaan cemas sebelum mendakwa dirinya disamun penunggang motosikal hingga kehilangan barang berharga termasuk kad pengenalan, kunci kereta dan beg tangan.
“Wanita itu turut mendakwa dirinya sedang hamil lima bulan hasil rawatan bayi tabung uji (IVF) dan mengalami pendarahan sebab kena tendang di bahagian perut serta ditarik rambut oleh penyamun.
“Dia tak nak dibawa ke hospital terdekat atau naik e-hailing (Grab) dengan alasan budaya keluarganya melarang wanita hamil anak pertama duduk di atas kerusi fabrik kulit.
Sebaliknya, dia bertegas nak ke Kajang Specialist Hospital (KPJ) sebab rekod perubatannya ada di sana,” katanya pada hantaran tersebut.
Bagaimanapun, taktik penipuan itu mula terbongkar apabila suspek cuba menggunakan telefon bimbit mangsa untuk mengakses perbankan dalam talian, selain mengajak ke kedai pajak gadai dan meminjam wang tunai dengan alasan bayaran tambang teksi serta rawatan kecemasan.
“Saya bayar RM60 untuk teksi dan dia minta pinjam RM100 untuk buat bayaran di hospital nanti. Saya bagi dan saya tak minta dia ganti balik sebab saya pun anggap tengah bantu wanita mengandung yang tengah kecemasan,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan situasi serupa ditipu oleh wanita mengandung yang meraih simpati.
“Saya pernah kena bulan Disember tahun lepas dekat Bukit Jalil. Jalan cerita yang sama sebab saya ingat dia kata tak boleh duduk atas tempat duduk yang jenis kulit,” kata Norani_nani.
“Sama je jalan cerita dia kata suami dia kerja kat Singapura. Dia minta saya hantarkan dia kat KPJ Kajang, saya tumpangkan dia dan turunkan dia dekat balai polis terdekat. Mula-mula dia tak nak turun tapi saya panggil polis bantuan untuk tolong,” jelas Ctmismail pula. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita dakwa hamil, disamun untuk raih simpati appeared first on Kosmo Digital.
