Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol adik iparnya yang berusia 15 tahun ketika kejadian di kediamannya di Pontian, Julai tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 31 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Zainol.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga merupakan bapa kepada dua anak itu didakwa telah merogol mangsa di Benut, Pontian pada pukul 9 pagi, awal Julai 2024 dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin mencadangkan mahkamah menetapkan wang jamin sebanyak RM20,000 memandangnya mangsa merupakan adik ipar kepada tertuduh.
Peguam mewakili tertuduh, Mohamad Isa Mohamad Basir bagaimanapun meminta mahkamah memberi jaminan rendah kerana tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya menerima upah secara harian.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan, beserta tiga syarat tambahan dan menetapkan tarikh 24 Oktober untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
The post Buruh didakwa ‘ratah’ adik ipar muda appeared first on Kosmo Digital.