Auto Added by WPeMatico

![]()
GEORGE TOWN – Seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dilaporkan melecur dalam kejadian letupan belon helium yang disita dari seorang penjaja warga asing, malam tadi.
Insiden tersebut berlaku semasa individu terbabit dikatakan sedang menurunkan barang rampasan itu dari sebuah kenderaan pacuan empat ronda (4X4) milik agensi berkenaan di Ibu Pejabat Bahagian Perlesenan MBPP di Lebuh Union, di sini.
Mangsa telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebaik kejadian berlaku.
Kosmo! Difahamkan, belon helium itu dirampas di lokasi sambutan Thaipusam di Kebun Bungah, kira-kira pukul 10.45 malam semalam.
Belon helium pelbagai warna itu dikatakan tiba-tiba meletup lalu mengeluarkan api sehingga menyebabkan mangsa terkena percikan. Kenderaan agensi berkenaan juga dilaporkan turut mengalami kerosakan.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu, kenyataan media akan dikeluarkan oleh Datuk Bandar MBPP, Datuk A. Rajendran nanti. – KOSMO! ONLINE
The post Penguat kuasa MBPP melecur, belon helium disita meletup appeared first on Kosmo Digital.