Auto Added by WPeMatico

![]()
SEBERANG PERAI – Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang lelaki etnik Rohingya, dua minggu lalu.
Tertuduh, Azli Ismadi Mat Saad, 32, dan P. Sanjay Kumar, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama empat individu yang masih bebas telah melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjata pisau terhadap seorang lelaki etnik Rohingya dan melarikan seutas rantai emas, sebuah telefon bimbit jenama Realme GT dan wang tunai RM3,000 milik mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Ladang Chip Joo, Bukit Mertajam pada kira-kira pukul 10.30 pagi, 13 Januari lalu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadhirah Abdul Rahim dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 26 Februari nanti.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan polis berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah yang giat menyamun warga asing dengan menyamar sebagai pegawai imigresen selepas menahan dua lelaki di sekitar Kuala Lumpur, 18 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE
The post 2 lelaki menyamar pegawai imigresen tak mengaku merompak appeared first on Kosmo Digital.
