Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kehadiran seekor kuda yang tiba-tiba muncul di tengah jalan raya dalam kejadian yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads oleh pengguna @4ddl33, kuda berwarna coklat tersebut dilihat memecut laju bertentangan arus jalan dan membuatkan pemandu yang melalui laluan tersebut turut terkejut.
“Kuda terlepas keluar, yang dalam kereta ni dah berderau darah,” katanya pada hantaran tersebut.
Melihat pada kelengkapan yang masih terpasang pada badan haiwan itu, kuda berkenaan dipercayai terlepas daripada kawalan pemiliknya atau kandang berdekatan sebelum menceroboh lalu lintas.
Rakaman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi lucu daripada pengguna yang menyifatkan kejadian itu jarang-jarang berlaku di atas jalan raya.
“Selalunya nampak lembu je yang sesat kat jalan raya. Ni kuda pun ada?,” ujar @matchasuckerr.
“Eh laju betul dia lari, nasib baik tak langgar. Kereta depan tu pun dah ke tepi siap siap,” kata @syukransan.
Dalam pada itu, ada juga pengguna yang meluahkan rasa kasihan dan bimbang akan keselamatan haiwan berkenaan yang berkeliaran di kawasan jalan raya.
“Kesiannya, kuda tu pun mesti cuak dan terkejut juga jalan tengah-tengah laluan kereta,” tambah @__zyraaraaa. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Macam mana kuda ada di jalan raya? appeared first on Kosmo Digital.
