Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Seorang warga emas berusia 61 tahun di wilayah Buriram meninggal dunia selepas dipanah petir ketika menunggang motosikal roda tiga, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan) semalam ketika cuaca hujan apabila lelaki bernama Amnat itu mahu memeriksa kebun tebunya.
Polis hanya menemui telefon bimbit pada mayat mangsa.
Isteri mangsa mendedahkan bahawa walaupun telah diberi peringatan supaya tidak keluar rumah kerana hujan, suaminya nekad untuk memeriksa paras air di kebun tebu.
Ia merupakan kematian akibat dipanah petir yang pertama di wilayah itu melibatkan seseorang yang menunggang motosikal. – AGENSI
The post Lelaki dipanah petir ketika tunggang motosikal appeared first on Kosmo Digital.