Auto Added by WPeMatico

LENGGONG – Kualiti dan keselamatan peralatan latihan menjadi antara perkara yang sedang disiasat sebagai punca kematian seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) sewaktu menjalani latihan selaman di perairan Kuantan pada awal bulan ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, tempoh siasatan bergantung kepada kerumitan masalah tersebut.
“Kita sedang meneliti. Penemuan awal kita rasa ada isu dari segi peralatan, yang digunakan sudah agak lama.
“Kta sedang membuat semakan dan audit sama ada perkara itu melibatkan kesilapan anggota atau pun masalah peralatan itu sendiri. Kita belum rumuskan lagi perkara itu dan kita akan maklumkan berkenaan proses siasatan ini,” katanya selepas upacara penutup Eksesais Keris Strike 2025 di sini hari ini.
Koperal Mohd. Haswansir Julnasir dilaporkan hilang pada 3 Julai lalu ketika menjalani latihan di Pelabuhan Kuantan, dan dikatakan lemas serta ditemui terdampar di tebing berbatu kira-kira 300 meter dua hari kemudian. – KOSMO! ONLINE
The post Kelengkapan latihan antara disiasat punca kematian anggota komando appeared first on Kosmo Digital.