Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tiga restoran di sekitar ibu negara diarah tutup selepas didapati kotor dalam satu Operasi Penguatkuasaan Malam (OPM) Bil. 22/2025 yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut DBKL dalam satu kenyataan, operasi berkenaan melibatkan pemeriksaan ke atas 32 premis di beberapa kawasan.
Katanya, antara kawasan terlibat adalah Jalan Gombak, Jalan Chengal Selatan, Platinum Walk, Jalan Danau Niaga 1, Taman Koperasi Polis Fasa 1, Desa Melawati, Diamond Square, Jalan Usahawan 7 dan Kampung Padang Balang (Parlimen Wangsa Maju).
“Hasil pemeriksaan, tiga premis diarahkan tutup manakala sebanyak 44 kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan yang dikesan ialah pemilik atau pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid dan tidak menghadiri kursus pengendali makanan, perangkap minyak tidak dipasang dan tidak diselenggara.
“Selain itu, kewujudan najis tikus serta lipas di ruang dapur dan rak penyimpanan makanan, lantai serta dinding dapur kotor, sisa makanan bertaburan, meletakkan meja kerusi di kaki lima serta beroperasi tanpa lesen perniagaan,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi syarat kebersihan yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE
The post 3 premis ditutup, dapur dipenuhi najis tikus, lipas appeared first on Kosmo Digital.