Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Beberapa individu di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana membawa jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki motosikal roda tiga, lapor portal berita Suara semalam.
Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @tante.rempong.official memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah.
Selain ditutup dengan kain, jenazah itu dibaringkan beralaskan tilam kecil.
Menurut laporan, mereka terpaksa berbuat sedemikian selepas keluarga si mati tidak mampu menampung kos ambulans.
Rakaman video itu mencatatkan lebih 2,700 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Merdeka sudah 80 kali tapi masih ramai yang alami keadaan seperti ini,” kata seorang netizen. – AGENSI
The post Ambulans mahal, jenazah dibawa naik motosikal roda tiga appeared first on Kosmo Digital.