Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Dua lelaki mengalami nasib malang selepas dilanggar sebuah motosikal ketika merakamkan diri mereka berjoget di tepi jalan untuk dimuat naik di platform TikTok, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video kejadian di laman Instagram oleh akaun @laporan8.id menunjukkan dua lelaki terbabit melakukan tarian pelik di tepi jalan yang sempit.
Situasi ceria bertukar terkejut apabila mereka tiba-tiba dilanggar sebuah motosikal yang dinaiki sepasang suami isteri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 47,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Puas hati saya tengok,” kata seorang netizen.
“Jadi lelaki jangan berjoget,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Dilanggar motor ketika joget tepi jalan appeared first on Kosmo Digital.