Auto Added by WPeMatico

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak (RON95) susulan ketegangan berlaku antara Iran-Israel, ketika ini.
Anwar berkata, walaupun harga minyak (RON95) dunia ketika ini dilaporkan meningkat mendadak, kerajaan mengambil keputusan tersebut kerana kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara.
“Minyak ini harganya naik turun. Sekarang ini keadaannya (harga global) agak rendah, tetapi bila naik, ia naik mendadak. Namun, kerajaan tidak menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Keadilan di Medini, di sini hari.
Sebelum itu, media melaporkan harga minyak boleh melonjak sehingga AS$130 setong sekiranya Iran memutuskan untuk menutup Selat Hormuz, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar Turkiye Hurriyet. – KOSMO! ONLINE
The post Harga RON95 tidak naik – PM appeared first on Kosmo Digital.