Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Hasrat seorang lelaki untuk mendapatkan perkhidmatan pembersihan rumah berkecai apabila ditipu selepas membuat pembayaran melalui pautan yang diberikan oleh scammer.
Threads @Miyjiey mendakwa, dia tertarik dengan iklan yang menawarkan harga murah dan janji perkhidmatan profesional sebelum membuat bayaran pendahuluan.
Dalam hantaran sama, dia berkongsi tangkap layar bersama seorang individu dipercayai ejen perkhidmatan pembersihan meminta untuk membayar deposit perkhidmatan melalui pautan link selain muat turun fail.
Sementara itu, seorang wanita turut mendakwa pernah ditipu dengan modus operandi dan perkhidmatan pembersihan yang sama.
“Kita nak cuci mesin basuh tapi kenapa waktu nak bayar deposit, dia suruh tekan link dan muat turun fail? Scammer ke?,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai menasihatkan untuk tidak terpedaya dengan modus operandi penipu dalam talian yang berkongsi pautan link atau imbas kod QR.
“Abang ipar saya pun pernah ditipu cara yang sama. Ingatkan nak betulkan mesin basuh yang rosak rupanya duit dicuri sampai RM3000,” komen @Chahmail.
“Kalau syarikat perkhidmatan guna gambar AI (Artificial Intelligence), tolong elakkan. Kalau syarikat kecil atau persendirian selalunya akan guna gambar pemilik atau pekerja sahaja,” komen @Vicky.littlewolf. –KOSMO! ONLINE
The post Rumah tak kemas, duit pula lesap appeared first on Kosmo Digital.
