Auto Added by WPeMatico

![]()
MERSING – Helah seorang ibu tunggal memberi alasan berduaan dengan seorang lelaki dengan alasan meminta bantuan membaiki tangki airnya yang rosak ditolak ketika dicekup khalwat di sebuah rumah awal pagi semalam.
Serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) susulan aduan penduduk yang curiga dengan kehadiran seorang lelaki ke rumah wanita terbabit.
Jurucakap JAINJ berkata, ketika serbuan dilakukan, pintu rumah hanya dibuka selepas lima minit diketuk sebelum muncul wanita berusia lingkungan 40-an dengan berpakaian mencolok mata, manakala seorang lelaki dipercayai pasangannya turut ditemui di dalam rumah sama.
“Lelaki berkenaan yang juga berusia 40-an mendakwa hadir untuk membaiki tangki air yang rosak, malah menunjukkan peralatan seperti spanar dan gam sebagai ‘bukti’.
“Namun alasan itu gagal meyakinkan penguat kuasa apabila pemeriksaan lanjut mendapati keadaan bilik tidur berkecah.
“Pasangan itu mengaku bukan suami isteri dan bakal bertunang, malah lelaki berkenaan dikatakan masuk ke rumah wanita tersebut sejak pukul 9 malam lagi sebelum dicekup,”katanya.
Difahamkan, wanita itu merupakan janda tanpa anak manakala lelaki pula bekerja sambilan sebagai tukang paip dan tinggal bersama keluarganya kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.
Susulan itu pasangan terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana berkhalwat.-KOSMO! ONLINE
The post Tangki air rosak jadi alasan ibu tunggal dicekup khalwat appeared first on Kosmo Digital.