Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Berkahwin atas dasar cinta, pelakon Fikry Ibrahim menegaskan bahawa kehadiran isteri, Siti Khalizah Alihan ke mahkamah hanya untuk menarik semula permohonan perceraian.
Fikry atau nama lengkapnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, mengakui akan bertanggungjawab menjaga rumah tangganya sebaik mungkin.
“Hakikatnya pagi tadi, isteri saya datang ke mahkamah adalah untuk menarik semula kes.
“Mahkamah minta tangguh ke satu tarikh kerana tidak mahu seperti mempermainkan mahkamah (undang-undang).
“Sebagai suami, saya sudah berjanji dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga isteri dengan baik dan akan mempertahankan keluarga selagi mana mampu,” katanya semasa siaran langsung sebuah program hiburan.
Dalam masa sama, Fikry menafikan semua spekulasi yang tercetus berkenaan rumah tangganya selain mengakui mereka berkahwin atas dasar cinta.
“Saya menidakkan, kami berdua saling mencintai antara satu sama lain. Tiada istilah kami kahwin terpaksa, sebaliknya kami kahwin atas dasar cinta yang ikhlas.
“Lepas itu, saya juga ada baca yang isteri saya tidak gembira kerana duduk dengan mak saya. Macam kalian pula yang duduk dengan kami.
“Isteri saya ikut saya ke mana sahaja saya pergi. Kadangkala dia ikut saya pergi Kuala Lumpur,” ujarnya lagi.
Hari ini, peguam syarie mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib mengesahkan mengenai sebutan kes perceraian hari ini selain memberitahu tidak pasti mengenai kehadiran Fikry.
Muhammad Afiq turut memaklumkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Mei laki atas alasan tiada lagi persefahaman.
Meski memfailkan cerai, Muhammad Afiq berkata, plaintif masih terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan suaminya bagi mencapai pendamaian antara mereka.
Sebelum ini, Fikry dan Khalizah selamat melangsungkan perkahwinan pada 12 Februari lalu di sebuah masjid di Jitra, Kedah. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Isteri saya ke mahkamah sebab nak tarik balik kes cerai’ appeared first on Kosmo Digital.