Auto Added by WPeMatico

LONDON – Putera Harry pulang ke Britain buat kali pertama dalam tempoh lima bulan untuk menyertai acara memperingati ulang tahun ketiga kemangkatan nendanya, Ratu Elizabeth II, lapor laman berita CNN.
Duke of Sussex yang kini tinggal di California, Amerika Syarikat bersama isterinya, Meghan dan dua anak mereka, kembali ke Britain semalam untuk menghadiri beberapa acara minggu ini.
Harry kali terakhir berkunjung negara tersebut pada April lalu untuk membantah keputusan kerajaan Britain dalam mengurangkan tahap keselamatan ke atasnya yang dibiayai oleh pembayar cukai.
Kunjungan terbaharu itu mencetuskan spekulasi sama ada Harry akan bertemu bapanya, Raja Charles III.
Harry, 40, dilaporkan merentasi Atlantik untuk menghadiri Anugerah Tahunan WellChild di London petang semalam sebelum meneruskan lawatan ke sebuah studio rakaman kouminiti di Nottingham hari ini.
Sebaik tiba di Britain, Harry menuju ke Windsor di mana jasad mendiang Ratu Elizabeth II dimakamkan di samping suaminya, Putera Philip.
Masih belum diketahui sama ada Duke of Sussex itu akan bertemu dengan Raja Charles III sepanjang lawatannya yang singkat itu. – AGENSI
The post Putera Harry pulang ke Britain appeared first on Kosmo Digital.