Auto Added by WPeMatico

![]()
KULIM – Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang guru hilang kawalan lalu merempuh kantin sebuah sekolah menengah di sini sebelum melanggar sebuah kereta lain pada pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 6.25 pagi itu dipercayai berlaku ketika guru wanita berusia 55 tahun terbabit sedang meletakkan kenderaan di kawasan parkir sekolah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd. Faizal Tengku Yeng berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu guru berkenaan secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum mengundur secara mengejut dan melanggar kantin sekolah.
“Selepas itu, dia cuba mengawal semula kereta dengan bergerak ke hadapan tetapi gagal lalu melanggar kereta jenis Perodua Myvi milik seorang guru” katanya di sini hari ini.
Katanya, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan ia hilang kawalan.
“Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua kereta mengalami kerosakan pada beberapa bahagian termasuk bampar hadapan dan belakang, bonet, fender hadapan serta lampu hadapan kanan dan kiri. Guru terbabit hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki kanan,” ujarnya.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59). – KOSMO! ONLINE
The post Guru hilang kawalan rempuh kantin sekolah, kereta appeared first on Kosmo Digital.
