Auto Added by WPeMatico

![]()
JERLUN – Jenazah pesawah yang maut akibat ditetak adik ipar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Babus Salam, Kampung Pida 3 di sini kira-kira pukul 8.15 malam ini.
Lebih 100 ahli keluarga serta penduduk kampung hadir pada pengebumian tersebut.
Terdahulu, jenazah Nasir Md. Nayan, 45, dibawa ke masjid berkenaan untuk disembahyangkan selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar petang tadi.
Isteri mangsa, Marliana Awang, 39, bagaimanapun tiada semasa proses pengebumian dan hanya dilihat berada di pekarangan masjid.
Kosmo! semalam melaporkan bapa kepada dua anak itu ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas ditetak dengan parang oleh adik iparnya dalam kejadian di kawasan sawah di Kampung Pida 3 kira-kira pukul 7.05 malam semalam.
Dalam kejadian itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan diselaputi lumpur dengan kepala terpisah daripada badan.
Bahagian kepala dijumpai pada jarak kira-kira satu meter dari lokasi badan mangsa.
Suspek berusia 38 tahun yang didapati berada di dalam rumah selepas kejadian berjaya ditahan polis kira-kira pukul 8 malam.
Dia yang didakwa mengalami gangguan perasaan ditahan selepas dipujuk selama 15 minit ketika dalam keadaan masih memegang parang. – KOSMO! ONLINE
The post Jenazah pesawah ditetak adik ipar selamat dikebumi appeared first on Kosmo Digital.