Auto Added by WPeMatico

![]()
TEHRAN – Satu pemandangan mengejutkan berlaku di rantau Asia Barat apabila perairan Teluk Parsi bertukar warna merah seperti darah, lapor portal berita MailOnline semalam.
Video tular dari Pulau Hormuz di Iran kelmarin merakam detik hujan lebat di sepanjang pesisir pantai dengan air bertukar warna merah pekat.
Air hujan mengalir dari tebing, melimpah ke laut dan turut mengubah warnanya.
Hujan merah di Iran dikaitkan dengan tanah merah pulau tersebut yang kaya dengan oksida besi.
Video yang dimuat naik di media sosial memaparkan air terjun kecil berwarna merah mengalir menuruni tebing Pulau Hormuz dan mengalir ke pantai.
Ramai pengunjung berjalan di sepanjang pantai ketika air laut pasang berwarna merah darah membasahi kaki mereka.
Seorang pengguna platform X menggunakan kakinya untuk menggali lubang kecil di pantai dan melihat lebih banyak tanah berwarna merah.
Pengguna lain pula berkongsi gambar tangan dan kaki mereka dilitupi tanah merah pekat itu.
Warna merah itu berpunca daripada oksida besi juga dikenali sebagai hematit yang berasal daripada mendapan gunung berapi di pulau tersebut. – AGENSI
The post Laut bertukar menjadi merah darah appeared first on Kosmo Digital.