Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Graduan Management and Science University (MSU) diingatkan menjadikan integriti sebagai pegangan hidup mereka.
Raja Muda Kedah yang juga Canselor MSU, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin bertitah, integriti merupakan aset paling berharga dalam menghadapi godaan dan tidak mengambil jalan pintas ketika melakukan sesuatu.
Titah baginda, graduan harus menjadi individu yang boleh dipercayai kerana sifat amanah dan kejujuran mereka.
“Berpegang kepada prinsip bererti melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat.
“Apabila anda berasa terbeban atau berdepan cabaran, terimanya sebagai proses pembelajaran dan dengan adanya integriti menjadikan diri anda berada di tempat yang betul,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-35 MSU di Dewan Canselor MSU, hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa MSU juga telah membangunkan kurikulum akademik dan menjalankan banyak penyelidikan dan inovasi, latihan dan pembangunan perisian tentang AI dan Cybersecurity yang memenuhi Pelan Transformasi Digital Malaysia Digital.
“Malah MSU telah menubuhkan Centre of Excellence (CoE), Software Engineering & Digital Innovation (SenDI) dan Centre of AI and Cybersecurity (AICS) untuk merealisasikan fokus dan agenda tersebut,” titahnya. – KOSMO! ONLINE
The post Graduan MSU perlu jadikan integriti pegangan hidup appeared first on Kosmo Digital.