Auto Added by WPeMatico

![]()
DUNGUN – Kegembiraan sembilan rakan beriadah bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas di Sungai Loh, Kampung Jongok Batu, di Hulu Dungun, di sini, hari ini.
Kejadian pada pukul 4.40 petang itu mengorbankan Ahmad Al Hafiz Asri Ahmad Kamarulzaman, 19, yang merupakan pelajar Kolej Ketengah di sini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah, Kamal Suhaimi Abdullah berkata, Ahmad Al Hafiz Asri yang merupakan pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan Islam mengunjungi sungai tersebut untuk berkelah pada pukul 11 pagi.
“Mangsa dikatakan tidak timbul sebaik terjun untuk mandi ke dalam sungai berkenaan. Rakan-rakannya yang panik cuba mencari di dalam sungai tetapi gagal menemuinya sebelum meminta bantuan pasukan penyelamat,” katanya di sini semalam.
Kamal Suhaimi berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mayat mangsa ditemui di celahan batu kira-kira 10 meter dari l – KOSMO! ONLINE
The post Pelajar Kolej Ketengah mati lemas di Sungai Loh appeared first on Kosmo Digital.
