Auto Added by WPeMatico

Auto Added by WPeMatico


KUALA LUMPUR – The Asia Records telah meraikan kecemerlangan usahawan dan pemimpin serta organisasi yang berjaya, memiliki keberanian sekali gus memberi impak luar biasa kepada masyarakat dan juga negara.
Anugerah ini akan mengiktiraf dan mendokumentasikan pencapaian luar biasa di seluruh rantau ini sambil mempromosikan kecemerlangan, keusahawanan dan impak kepada masyarakat.
Ia juga bertujuan untuk mewujudkan platform yang berwibawa, mengangkat pemimpin dan organisasi yang menetapkan standard lebih tinggi dalam industri dan komuniti.
Selain itu, majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini juga melancarkan The Asia Records Book of Achievements 2025/26 iaitu sebuah arkib yang mendokumentasikan pencapaian luar biasa organisasi dan individu di seluruh Asia.

Pengasas dan Pengerusi Penganjur The Asia Records, Dato KK Chua berkata, pihaknya berbangga terhadap sambutan yang diterima terhadap penganugerahan The Asia Records dan ini menunjukkan bahawa pasaran ini memerlukan pengiktirafan yang memberi makna kepada usahawan dan organisasi serta syarikat.
“Kami berhasrat untuk membina sebuah komuniti yang mencipta impak, mencabar kebiasaan dan meninggalkan legasi yang berkekalan.
“Kumpulan pemegang rekod tahun ini menampilkan nama-nama berpengaruh di peringkat global dan serantau merentasi pelbagai industri seperti Amazon, Starbucks, iQIYI dan Batik Air.
“Para penerima ini mewakili kepimpinan keusahawanan, inovasi dalam platform digital dan kandungan, kecemerlangan dalam industri penerbangan dan logistik, serta sumbangan korporat yang membentuk pasaran di seluruh Asia,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian anugerah dan pelancaran buku tersebut.
Menurut Chua, The Asia Records Book of Achievements 2025/26 menjadi arkib rasmi pertama organisasi tersebut iaitu satu rekod formal pencapaian cemerlang yang juga berfungsi sebagai penanda aras bagi pemimpin dan perusahaan masa hadapan.
Buku ini bertujuan meningkatkan kredibiliti para penerima, memudahkan pengiktirafan merentas sempadan serta memberi inspirasi kepada generasi baharu pencetus perubahan. -KOSMO! ONLINE
The post The Asia Records iktitiraf pencapaian luar biasa usahawan appeared first on Kosmo Digital.

EMPAYAR perniagaan berkembang pesat, pelakon dan usahawan Wawa Zainal mengakui terpaksa melakukan pengorbanan besar terutama melibatkan masa bersama anak-anak.
Ujar Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, jadual kerja padat membuatkan dirinya sering pulang lewat malam sehingga jarang berpeluang meluangkan masa bersama keluarga.
“Antara sebab saya rasa berat untuk tambah anak lagi kerana dengan anak yang ada pun kadang-kadang rasa bersalah.
“Masa bersama mereka sangat terhad. Kadang-kadang saya balik rumah pukul 12 malam, mereka semua sudah tidur,” katanya kepada HibGlam.
Tambah bintang filem Abnormal: Buas itu, situasi tersebut menjadi dilema besar buat dirinya sebagai seorang usahawan, lebih-lebih lagi apabila anak-anak mula merindui kehadirannya di rumah.
“Anak pernah tanya, ‘Mama nak pergi mana?’ Saya jawab nak pergi siaran langsung sekejap. Dia tanya lagi, ‘Lagi? Bila mama ada masa?’
“Malam tadi (semalam) anak kecil saya terjaga pukul 3 pagi bila saya sampai rumah. Dia terus naik bilik sebab terlalu rindu. Sudah beberapa hari tak sempat jumpa,” luahnya.
Lebih menyedihkan kata ibu empat anak itu, ramai melihat kehidupan usahawan sebagai sesuatu menyeronokkan, namun hakikat sebenar tidak semudah disangka.
Malah, dia turut mengakui keletihan memandangkan jadual kerja padat selain perlu memastikan operasi syarikat berjalan lancar.
“Orang nampak kehidupan saya macam seronok, semua ada. Tetapi kadang-kadang saya pula terfikir alangkah seronoknya jadi suri rumah kerana boleh luangkan masa lama dengan anak.
“Setiap orang ada cabaran masing-masing. Cabaran saya ialah masa dan tenaga. Usia saya sudah 30 lebih, tetapi banyak perkara perlu diuruskan untuk bisnes.
“Kadang-kadang memang penat dan tenaga terasa habis tetapi saya tak boleh tunjuk sebab ramai staf bergantung harap kepada kami,” jelasnya.
Isteri kepada Aeril Zafrel itu berkata pasukan operasi syarikatnya kini bekerja secara syif selama 24 jam bagi memenuhi permintaan tinggi menjelang Aidilfitri.
“Staf kami bertungkus-lumus menyiapkan sehingga 10,000 produk sehari. Semua orang penat, termasuk saya dan Aeril.
“Ada masa emosi mereka terganggu sebab terlalu letih. Jadi kami perlu jaga emosi pasukan supaya semuanya berjalan lancar,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Wawa turut menyambut ulang tahun kelahirannya dengan penuh kesyukuran menerusi majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim serta golongan asnaf, semalam.
Majlis tersebut dihadiri penceramah bebas Ustazah Asma Harun selain meraikan 20 anak yatim dari Pusat Peribadi Mulia dan tujuh anak dari Pusat Pendidikan Dar Al’Mustafa dengan penyampaian sumbangan duit raya. – HIBGLAM

![]()
PETALING JAYA – Ekosistem perniagaan mikro di Malaysia kini semakin tertekan apabila aktiviti rokok seludup terus menguasai pasaran dan menganggu perusahaan kecil sah yang beroperasi dalam komuniti tempatan.
Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) berkata, perniagaan mikro terdiri daripada peruncit kecil, kedai runcit, kedai kopi dan kios kejiranan adalah nadi kepada ekonomi berasaskan komuniti di Malaysia, dengan menyediakan barangan keperluan harian di bandar dan kawasan kejiranan.
Setiausaha Agung persatuan tersebut, Alvin Low Wei Yan merujuk kepada statistik daripada NielsenIQ bertajuk Kajian Rokok Haram tahun 2025 memaklumkan bahawa rokok seludup menguasai kira-kira 54.4 peratus daripada jumlah penggunaan rokok di seluruh negara, ia memberi cabaran kepada kumpulan perniagaan tersebut.
“Ini menunjukkan bagaimana pasaran tembakau tidak sah yang besar boleh menjejaskan persaingan dan mewujudkan cabaran kepada usahawan mikro yang beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang dikawal selia.
“Perniagaan mikro bergantung kepada transaksi harian yang konsisten untuk mengekalkan operasi mereka. Apabila sebahagian besar pembelian beralih keluar daripada sistem runcit yang sah, perusahaan mikro yang sah sudah tentu akan kehilangan sebahagian daripada pasaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Wei Yan menerangkan, ahlinya mematuhi keperluan pelesenan, percukaian, kesihatan dan undang-undang penetapan harga jadi apabila penjual haram beroperasi di luar sistem tersebut, ia mewujudkan persaingan yang tidak adil kepada usahawan yang mematuhi peraturan,” katanya.
“Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam menggalakkan perniagaan kecil menerima pakai pembayaran digital melalui inisiatif institusi kewangan seperti SME Corporation Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
“Namun apabila perdagangan haram mengalihkan transaksi daripada perusahaan sah, keseluruhan ekosistem akan terkesan,” jelasnya.
Tambah beliau, PKS adalah tulang belakang ekonomi Malaysia, sehubungan itu, keperluan mendesak untuk melindungi mereka yang beroperasi mengikut undang-undang. -KOSMO! ONLINE
The post Perniagaan mikro makin tertekan appeared first on Kosmo Digital.