Auto Added by WPeMatico

KUMPULAN wanita K-pop T-ARA bakal kembali mengubat rindu peminat di Malaysia menerusi konsert solo pertama mereka, T-ARA Fan-Con in Malaysia 2026 Summer Again pada 9 Ogos ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Konsert anjuran T-Rex Studio Sdn. Bhd. itu bakal menyaksikan empat anggotanya iaitu Qri, Eunjung, Hyomin dan Jiyeon bergabung semula untuk menghiburkan peminat menerusi persembahan lagu-lagu popular mereka.
Acara tersebut juga menjadi penampilan konsert solo pertama T-ARA di sini yang sebelum ini hanya hadir sebagai artis undangan untuk festival muzik.
Ditubuhkan pada tahun 2009, T-ARA merupakan antara kumpulan wanita paling berpengaruh sejak lebih sedekad bertapak dalam industri.
Antara lagu yang melonjakkan nama T-ARA termasuk Bo Peep Bo Peep, Roly-Poly, Lovey- Dovey, Cry Cry, Day by Day, Sexy Love, Number Nine dan Sugar Free, yang bukan sahaja
mencatat kejayaan di Korea Selatan, malah mendapat sambutan di Jepun, China dan pelbagai negara Asia.
Kali terakhir mereka menjejakkan kaki ke sini ialah sekitar tahun lalu pada konsert The Ye!loO di Kuala Lumpur.
Peminat setia masih berpeluang untuk menyaksikan konsert tersebut dengan membeli tiket yang ditawarkan dalam tujuh kategori iaitu RM888, RM788, RM688, RM588, RM488, RM388 dan RM338.
Setiap kategori menawarkan manfaat berbeza termasuk sesi Hi-Bye, album, foto polaroid dan poster bertandatangan serta peluang bergambar bersama T-ARA. – HIBGLAM
