Auto Added by WPeMatico

![]()
TAMPIN – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jentera Barisan Nasional (BN) dari Johor akan turun membantu rakan-rakan di Parlimen Tampin bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 1 Ogos ini.
Beliau berkata, kehadiran jentera dari Johor yang disertai wakil rakyat baharu itu bukan bertujuan menunjukkan kehebatan selepas kejayaan besar BN di negeri itu, sebaliknya mahu berkongsi pengalaman serta memperkukuhkan gerak kerja kempen.
“‘Budak-budak’ Johor nak sokong ‘budak-budak’ Negeri Sembilan. Kita bukan untuk bangga, takbur atau meninggikan diri dengan kemenangan pilihan raya lalu. Tiada niat begitu. Kita datang untuk membantu rakan-rakan di Negeri Sembilan supaya BN dapat mencatat kemenangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perjumpaan Jentera PRN Negeri Sembilan dan Pelancaran Gerak Gempur Barisan Nasional Tampin di Dataran Kampung Tengah, Gemencheh di sini hari ini.
Menurutnya, kejayaan BN di Johor berpunca daripada semangat kerja berpasukan yang melibatkan UMNO, MCA, MIC serta Friends of BN, selain keupayaan jentera menangkis pelbagai fitnah dan tohmahan pembangkang.
Katanya, formula sama boleh diterapkan di Parlimen Tampin yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa sekiranya semua jentera bergerak sebagai satu pasukan tanpa mengira parti komponen.-KOSMO! ONLINE
The post ‘Budak’ Johor bantu ‘budak’ Negeri Sembilan – Onn Hafiz appeared first on Kosmo Digital.
