Auto Added by WPeMatico

PELAKON Uqasha Senrose tidak kisah bergandingan dengan Aliff Aziz yang pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.
Menurut Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, dia tiada hak untuk menyekat rezeki orang lain selain mengakui dirinya juga mempunyai banyak kekurangan.
“Siapalah saya untuk katakan tidak kepada rezeki orang? Sudah tertulis itu adalah rezeki dia (Aliff).
Tiada istilah takut untuk bekerjasama dengan Aliff disebabkan kisah peribadinya. Macam saya ini baik sangat. Saya pun pendosa yang pernah buat kesilapan,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran drama terbaru iQIYI, Madu Atau Racun, semalam.
Uqasha dan Aliff digandingkan sebagai hero dan heroin drama Madu Atau Racun arahan Eyra Rahman yang akan disiarkan dalam platform penstriman iQIYI pada 14 Ogos nanti.
Berkongsi lanjut mengenai gandingannya bersama Aliff, kata bekas isteri pelakon Kamal Adli itu, Aliff anak seni yang sangat profesional.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar daripada mula sehingga habis penggambaran. Tak ada dengar pun cerita tak baik tentang Aliff. Kalau ada pasti sudah menjadi buah mulut orang,” ujarnya.
Madu Atau Racun menjadi drama kemunculan semula Aliff Aziz selepas beberapa tahun menyepi dari radar hiburan selepas terpalit kontroversi dalam rumah tangganya.
Selain Aliff dan Uqasha, drama terbitan Metrowealth itu turut menampilkan Elisya Sandha, Liza Abdullah dan Jasmin Hamid. – HIBGLAM
