Auto Added by WPeMatico

EBERANG PERAI – Seorang pemandu e-hailing didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menipu seorang individu berhubung pembayaran deposit bagi pembelian rumah pada 2022.
A. Thirumurthi, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa Hakim, Zulhazmi Abdullah.
Berdasarkan kelima-lima pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa menipu G. Muralidaran,32, dengan memperdaya beliau untuk mempercayai bahawa dia adalah ejen perumahan bagi penjualan rumah menerusi Projek Perumahan Skim My Home Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bernilai RM198,000.
Perkara itu mendorong mangsa menyerahkan RM7,393.60 yang dimasukkan ke dalam akaun tertuduh secara berperingkat di Maybank Bertam, Kepala Batas antara 24 September hingga 31 Oktober 2022.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh bertindak sebagai ejen perumahan tidak sah sejak 2022 dan menawarkan perkhidmatan pendaftaran untuk mendapatkan unit rumah di bawah skim terbabit selain mengenakan bayaran perkhidmatan antara RM100 hingga RM1,500 di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Muhammad Syahmi Mohd Sanusi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan denda RM23,000 dan 19 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan, namun difahamkan, tertuduh membayar denda yang dikenakan itu. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Didenda RM23,000, mengaku tipu deposit beli rumah appeared first on Kosmo Digital.