Auto Added by WPeMatico

BERBEZA penerimaan, bintang senior, Helen Mirren mengakui tersinggung setiap kali dipuji kelihatan cantik pada usia 80 tahun.
Penerima Oscar itu menegaskan pujian sebegitu disifatkan tidak sesuai diajukan kepada seseorang kerana seolah-olah cuba merendahkan.
“Saya tersinggung bila dipuji kelihatan cantik untuk usia ini. Itu macam memperlekehkan. Saya benci komen sebegitu.
“Bersiap sedialah kalau kamu meluahkan pujian sebegitu dan saya akan membalasnya dengan habis-habisan,” ujarnya.
Mirren juga tidak menyukai istilah ‘menua dengan anggun’ yang dianggap bukan perkara yang dilakukan selama ini.
“Istilah itu kedengaran seperti kita harus sentiasa elegan dan menerima, padahal tidak. Saya matang dengan perasaan gembira, disusuli komitmen, bukan anggun. Siapa peduli soal anggun,” ungkapnya.
Katanya lagi, sejak muda memang dia bukan jenis artis yang mengutamakan hal kecantikan sebaliknya lebih memilih hidup tenang dan percaya terhadap diri sendiri.
The post ‘Bagi saya orang puji cantik itu memperlekehkan’ appeared first on Kosmo Digital.