Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Desas-desus keberantakan rumah tangga pasangan pelakon Sharifah Husna dan Halim Radzi sejak beberapa bulan lalu akhirnya terjawab selepas mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Difahamkan, perceraian tersebut berlaku selepas Halim, 30, melafazkan talak terhdap Husna, 33, dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Husna juga dikatakan sudah habis menjalani tempoh idah dan tarikh sebenar perceraian juga tidak dikongsi kepada umum.
Meski sudah berpisah, mereka bagaimanapun bersetuju untuk mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain.
Terdahulu, khabar angin mengenai kemelut rumah tangga mereka mula bertiup kencang sejak tahun lalu
Lebih menguatkan lagi dakwaan, Husna juga memadam foto-fotonya bersama Halim dari dalam akaun media sosialnya.
Untuk rekod, Husna dan Halim mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri sahabat dan keluarga terdekat. – KOSMO! ONLINE
The post Sharifah Husna, Halim Ghani sah cerai talak satu appeared first on Kosmo Digital.
