Auto Added by WPeMatico

BERBELAS tahun bersabahat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana pernikahan rona biru buat primadona Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, menjadi impiannya untuk mereka busana buat pelakon kesayangan ramai itu.
“Saya sudah lama mengenali Erra. Ketika kami berkenalan, dia sudah pun berumah tangga.
Jadi bila dia nak kahwin lagi, sudah semestinya kami ingin menghadiahkan busana perkahwinan kepadanya.
“Hadiah ini adalah tanda persahabatan yang terjalin antara kami sejak sekian lama,” katanya kepada HibGlam.
Ditanya tentang inspirasi disebalik rekaan busana pernikahan Erra, kata Rizman, aktres dan penyanyi itu sekadar inginkan baju kurung moden yang sederhana dan polos.
“Erra beritahu dia mahukan baju kurung moden yang ‘simple’ sahaja untuk majlis nikah. Tetapi mengenali Rizman Ruzaini, pastinya kita akan menghiasi busana itu dengan sulaman manik yang indah.
Bekerja dengan Erra sangat mudah. Dia terbuka dengan idea yang kita kongsikan. Dia percaya dengan hasil kerja kita. Dia pula memang dah cantik, pakai apa pun cantik,” jelasnya.
Rizman juga merahsiakan harga busana perkahwinan tersebut kerana baginya persahabatannya dengan Erra lebih bernilai.
Tumpang gembira melihat Erra kembali berumah tangga, Rizman berharap perkahwinan yang dibina sahabatnya itu kekal hingga ke syurga.
“Dulu setiap kali berjumpa untuk ‘fitting’ baju saya selalu tanya Kak Erra bila nak kahwin. Dan, dia selalu suruh saya carikan calon untuknya.
Bila akhirnya dia bertemu dengan pasangan sesuai, saya tumpang bahagia untuknya. Alhamdulillah, semoga berkekalan sampai bila-bila,” ujarnya.
Terdahulu Erra selamat diijabkabulkan dengan usahawan Ezwan Zain dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Kampung Melayu Subang pada pukul 9.19 pagi tadi. – HIBGLAM
The post ‘Hadiahkan busana nikah buat Erra, ini tanda persahabatan’ appeared first on HibGlam.