Auto Added by WPeMatico

![]()
BESUT – Perbuatan serakah seorang guru melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki pada tiga tahun lalu berbalas apabila dia dipenjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Ahmad Fadhli Mahmud menjatuhkan hukuman demikian terhadap tertuduh, Anuar Yusoff, 48, selepas pihak pembelaan gagal menyangkal kes prima facie dikemukakan pihak pendakwaan.
Beliau turut memerintahkan menjalani kaunseling sepanjang menjalani hukuman selain pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan.
“Tertuduh sebagai guru seharusnya melindungi mangsa bukannya mengambil kesempatan apatah lagi jantina yang sama.
“Tanggungjawab dan kepercayaan diberikan ibu dan mangsa. Tindakan sedemikian telah meninggalkan trauma kepada mangsa,” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini hari ini.
Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, Anuar didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun 11 bulan sewaktu kejadian.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara pukul 3 petang, 29 Julai 2022 hingga 5 pagi, 30 Julai 2022 di dalam bilik penginapan sebuah resort di Pulau Perhentian di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Mohd. Jazlee manakala tertuduh pula diwakili peguam, Nik Ismail Nik Lah. – KOSMO! ONLINE
The post Guru ‘sentuh’ pelajar lelaki dipenjara 10 tahun appeared first on Kosmo Digital.