Auto Added by WPeMatico

![]()
NEW DELHI – Seorang lelaki di India terselamat meskipun dia diserang dan dipijak oleh seekor gajah liar ketika menunggang motosikal untuk pulang ke kampung halamannya di India, lapor akhbar The Sun UK.
Mangsa bernama Bidyadhar Behera dilaporkan dalam perjalanan ke kawasan luar bandar sebelum bertembung dengan gajah itu.
Rakaman video kejadian di media sosial menunjukkan haiwan seberat 272.15 kilogram itu berulang kali memijak Bidyadhar yang terbaring di tanah.
Selepas gajah itu beredar, mangsa segera berdiri dan membersihkan diri sebelum beredar.
Beberapa saksi memberitahu bahawa haiwan itu tiba-tiba mengamuk dan menyerang Bidyadhar.
Jeritannya yang kuat menyebabkan penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian dan menghalau haiwan itu.
Mangsa dibawa ke Hospital Ibu Pejabat Daerah Dhenkanal selepas mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan kepala. – AGENSI
The post Lelaki dipijak gajah semasa pulang ke kampung appeared first on Kosmo Digital.
