Auto Added by WPeMatico

![]()
BENTONG – Empat individu tersepit di dalam kenderaan selepas sebatang pokok menghempap kenderaan trak pikap dinaiki mereka di Jalan Janda Baik di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dihempap sebatang pokok menyebabkan empat mangsa dipercayai masih berada di dalam kenderaan, manakala seorang kanak-kanak berjaya dikeluarkan orang awam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.05 tengah hari.
“Terdapat lima mangsa terlibat iaitu dua lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak yang masih tersepit di dalam kenderaan, manakala seorang lagi kanak-kanak cedera telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit pada peringkat awal dilakukan oleh anggota PBS Janda Baik sebelum disambung pasukan dari BBP Bentong.
Tambahnya, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi memotong bahagian kenderaan dan mengeluarkan mangsa yang masih tersepit. – KOSMO! ONLINE
The post Pokok tumbang hempap Ford Ranger, empat mangsa tersepit appeared first on Kosmo Digital.
