Auto Added by WPeMatico

DALAM keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai memilih untuk berjimat-cermat sehingga terpaksa melupakan perkara asas. Hakikatnya, berjimat juga perlu ada batasnya. Menurut Wealth Wisdom, berikut merupakan lima perkara yang perlu dibelanja untuk teruskan kehidupan walau duit poket menipis.
- Makanan
Jangan berkira jika berkait dengan bab makanan. Mengikat perut ketika kelaparan boleh menjejaskan kesihatan. Jika situasi kewangan anda tidak stabil, beli makanan yang murah dan berkhasiat. Contohnya, sarapan ringkas seperti roti canai berharga dua ringgit bersama secawan air teh panas cukup untuk kenyangkan perut.
- Perlindungan insurans kesihatan
Belanjakan duit untuk insurans kesihatan kerana ia sangat berguna ketika waktu kecemasan atau situasi tidak dijangka. Insurans boleh membantu menampung sebahagian besar kos rawatan atau bil perubatan.
- Pengangkutan
Kadang-kadang membelanjakan sedikit untuk pengangkutan dapat memudahkan diri terumatanya ketika dalam keadaan cemas atau perlu sampai ke destinasi dengan cepat. Bagi individu yang bekerja di bandar, pengangkutan awam seperti keretapi boleh menjimatkan masa terutamanya jika tempat kerja berdekatan dengan stesen keretapi.
- Pembayaran hutang
Jangan tangguhkan pembayaran hutang, khususnya kad kredit. Bayaran lambat boleh menyebabkan kos tambahan melalui bunga lebih tinggi. Bayar tepat pada waktu dapat membantu mengelakkan tekanan kewangan pada masa hadapan.
- Keperluan asas lain
Keluarkan sedikit duit untuk keperluan harian adalah dimaafkan. Namun, harus diingat untuk tidak membeli secara impulsif dan mengikut kehendak semata-mata. Antara keperluan harian termasuk tuala wanita dan ubat-ubatan yang sememangnya penting untuk teruskan kehidupan. -RELEVAN
The post Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini appeared first on Relevan.




