Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Sekurang-kurangnya lapan orang cedera dirempuh sebuah kenderaan elektrik (EV) yang melanggar teksi roda tiga dan sebuah kedai serbaneka, lapor laman berita Thaiger.
Kejadian berlaku di Bang Lamphu, daerah Phra Nakhon, baru-baru ini.
Polis berkata, mangsa cedera termasuk dua rakyat asing dan enam warga tempatan.
“Semua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Sebuah kedai serbaneka, kedai menjual mi dan teksi roda tiga mengalami kerosakan,” kata polis.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian menunjukkan kereta elektrik itu berulang kali mengelilingi bulatan dalam keadaan laju sebelum hilang kawalan dan melanggar teksi, kedai mi di kaki lima serta kedai serbaneka.
“Jika kereta itu tidak melanggar kenderaan saya, lebih ramai orang akan cedera kerana pelanggaran tersebut membantu mengurangkan kelajuannya,” kata pemandu teksi tiga roda.
Pemandu EV dikenal pasti sebagai seorang wanita berusia 57 tahun.
Punca kemalangan belum diketahui, namun pegawai polis melakukan soal siasat dan menyemak rakaman CCTV untuk siasatan lanjut. – AGENSI
The post EV berulang kali pusing bulatan rempuh kedai serbaneka, 8 cedera appeared first on Kosmo Digital.
